Aktiviti 1 Bulan September: Pertandingan Mencipta Kostum Pahlawan Millennium

September | 2015

Pada 5 September 2015, satu pertandingan telah diadakan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat peserta dalam bidang rekaan dan juga melatih mereka mengeluarkan idea-idea yang kreatif. Pertandingan ini sangat menyeronokkan kerana kami dari pihak PI1M Kg Paya sendiri, dapat melihat pelbagai kostum yang menarik ditonjolkan oleh para peserta. Berbakat juga adik-adik kita ni. Berikut merupakan gambar- gambar sepanjang aktiviti dijalankan.

Pertandingan ini adalah aktiviti berkumpulan yang terbahagi kepada tiga. Mereka telah diberi penerangan terlebih dahulu mengenai syarat-syarat pertandingan. Paling menariknya ialah para peserta hanya dibenarkan mereka kostum masing-masing dengan menggunakan kertas surat khabar, kertas mahjung dan kertas warna. Hanya 20 peratus dibenarkan dengan penggunaan prop tambahan.

Objektif pertandingan ini bukan sahaja untuk mencungkil bakat-bakat peserta , malahan ingin menjadikan mereka berani untuk membuat pembentangan dan sifat kerjasama antara mereka. Sepanjang pertandingan ini dijalankan, markah untuk kebersihan juga diberikan. Ini kerana selain kerjasama dalam kumpulan, kebersihan juga harus tidak dipandang ringan.

Lihat lah wajah gembira mereka setelah berjaya menyiapkan Kostum Millennium. Tahniah kepada para pemenang.



kembali ke halaman utama